Rabu, 26 September 2018


BBM3410 /18 : MINGGU KEDUA

BBM3410 Asas Grafik

Pada rentetan lepas, para pelajar dikehendaki membawa bahan-bahan dan alatan untuk membuat asas grafik. Jadi, Prof. telah memberikan penerangan tentang asas grafik secara terperinci dan cara-cara untuk membuat asas grafik bersama kumpulan masing-masing.

Prof juga memberikan gambaran contoh-contoh grafik untuk memudahkan para pelajar dapat memahami asas grafik dengan lebih mudah. Setiap ahli dalam kumpulan perlu melibatkan diri dalam tugasan ini supaya mereka dapat merasai pengalaman ini. Masa yang diberikan setiap kumpulan untuk menyiapkan tugasan ini dari pukul 12:30 tengah hari hingga pukul 2.00 petang dan hasil yang diperoleh kumpulan TAdaAA seperti berikut :



Nama kumpulan dan ahlinya
    Asas grafik : Warna
Asas grafik : Mudah
Asas grafik : Keseimbangan
Asas grafik : Teks

Asas grafik : Kesesuaian

Walaupun tugasan ini nampak mudah namun begitu, setiap kerja memerlukan kerjasama setiap ahli kumpulan, ketelitian dan kesabaran yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang baik.
Semoga anda dapat memahami asas grafik ini melalui contoh gambar yang ditunjukkan di atas. Sekian.
BBM3410/18 MINGGU PERTAMA


BBM3410 : Pada minggu pertama, saya dan rakan-rakan telah berkenalan Prof. Madya Dr. Normaliza binti Abdul Rahim yang mengajar kursus BBM 3410 iaitu Multimedia dalam Bahasa. 
Prof. telah memberikan penerangan tentang kursus ini dan tugasan-tugasan yang perlu dibuat sepanjang mengikuti kursus ini. Kursus ini memberikan pendedahan kepada setiap pelajar tentang multimedia dan para pelajar dapat menggunakan medium ini untuk menyampaikan ilmu dan maklumat dengan berkesan dan betul. 

Prof. telah memberikan arahan kepada para pelajar untuk membentuk satu kumpulan 10 ahli bagi membuat tugasan pada minggu kedua dan membawa alatan dan bahan seperti :

1. 6 keping black mounting board
2. Gunting
3. Pisau
4. UHU Stik
5. Reben
6. Majalah lama/ terpakai
7. Puncher

Apa agaknya aktiviti yang akan dilakukan pada minggu kedua nanti?🤔..sama-sama kita saksikan.

Kenali Saya



Assalamualaikum...
Selamat datang ke blog saya.

Nama diberi Hussain bin Said. Saya merupakan pelajar Universiti Putra Malaysia dan merupakan pelajar tahun akhir semester 7 yang mengambil kursus Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu.

Segala maklumat atau info yang dikongsikan di dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada saya dan para pengguna maya.