BBM 3410/18: Asas Grafik
Assalamualaikum
…berjumpa lagi kita
Asas
grafik ialah bahan yang digunakan untuk menghubungkan fakta dan idea dan jelas
melalui kombinasi lukisan, lakaran, gambar, simbol atau perkataan. Untuk
membuat asas grafik memerlukan ketelitian dan fokus supaya kita dapat mengesan
asas grafik dengan betul apabila kita melihat sesuatu gambar, kita
menggenalpasti dan mengesan mesej yang hendak disampaikan dalam gambar tersebut
melalui keadaan struktur, tekstur, warna dan kecerahan gambar yang digunakan. Asas
grafik mempunyai beberapa ciri iaitu mudah, warna, keseimbangan, dan teks dan
kesesuaian.
1.
Asas grafik mudah
Sesebuah rekaan harus memberikan
kefahaman yang cepat dan jelas kepada orang yang melihat grafik tersebut. Cara
yang terbaik dengan mempersembahkan hanya satu perkara dalam satu masa. Idea
yang terlalu padat dalam satu visual akan menyebabkan kekeliruan.
2.
Asas
grafik warna
Asas
grafik warna bermaksud rekaan dan visual yang dihasilkan mestilah bersesuai
dengan warna yang hendak ditekankan dalam grafik tersebut. ini penting bagi
menimbulkan emosi dan rasa tertentu kepada orang yang hendak ditujukan.
3.
Asas grafik keseimbangan
Keseimbangan ini perlu dalam
menjadikan visual dan grafik kelihatan tersusun, cantik dan seimbang. Keseimbangan
penting untuk mempengaruhi audiens yang melihat dan terpesona.
4.
Asas grafik teks
Dalam menghasilkan rekaan visual
dan grafik tidak memerlukan teks yang banyak dan Panjang kerana akan
menyebabkan keserabutan untuk melihat konten. Teks perlulah ringkas dan padat
tetapi mempunyai makna yang sesuai dengan grafik yang nak ditonjolkan
5. Asas grafik kesesuaian
Asas grafik kesesuaian bermakna
grafik perlulah bersesuai dengan tema dan mesej yang hendak ditekankan.
Misalnya jika hendak buat gambaran sedih visual perlu tonjolkan visual sedih.