Rabu, 5 Disember 2018


BBM 3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum …berjumpa lagi kita

Asas grafik ialah bahan yang digunakan untuk menghubungkan fakta dan idea dan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, gambar, simbol atau perkataan. Untuk membuat asas grafik memerlukan ketelitian dan fokus supaya kita dapat mengesan asas grafik dengan betul apabila kita melihat sesuatu gambar, kita menggenalpasti dan mengesan mesej yang hendak disampaikan dalam gambar tersebut melalui keadaan struktur, tekstur, warna dan kecerahan gambar yang digunakan. Asas grafik mempunyai beberapa ciri iaitu mudah, warna, keseimbangan, dan teks dan kesesuaian.
1.       Asas grafik mudah
Sesebuah rekaan harus memberikan kefahaman yang cepat dan jelas kepada orang yang melihat grafik tersebut. Cara yang terbaik dengan mempersembahkan hanya satu perkara dalam satu masa. Idea yang terlalu padat dalam satu visual akan menyebabkan kekeliruan.

2.        Asas grafik warna
Asas grafik warna bermaksud rekaan dan visual yang dihasilkan mestilah bersesuai dengan warna yang hendak ditekankan dalam grafik tersebut. ini penting bagi menimbulkan emosi dan rasa tertentu kepada orang yang hendak ditujukan.

3.       Asas grafik keseimbangan
Keseimbangan ini perlu dalam menjadikan visual dan grafik kelihatan tersusun, cantik dan seimbang. Keseimbangan penting untuk mempengaruhi audiens yang melihat dan terpesona.

4.       Asas grafik teks
Dalam menghasilkan rekaan visual dan grafik tidak memerlukan teks yang banyak dan Panjang kerana akan menyebabkan keserabutan untuk melihat konten. Teks perlulah ringkas dan padat tetapi mempunyai makna yang sesuai dengan grafik yang nak ditonjolkan

5.       Asas grafik kesesuaian
Asas grafik kesesuaian bermakna grafik perlulah bersesuai dengan tema dan mesej yang hendak ditekankan. Misalnya jika hendak buat gambaran sedih visual perlu tonjolkan visual sedih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan