Khamis, 6 Disember 2018

BBM3410/18: Post Gambar Di Facebook

Assalamualaikaum...

Pada hari ini, saya ingin berkongsi gambar saya bersama pensyarah saya, yang telah dimuat naik ke laman Facebook. Hari ini saya kemaskini blog untuk menunjukkan gambar ini dan sebagai memenuhi tugasan multimedia.  Banyak ilmu yang diperoleh dalam subjek multimedia ini kerana banyak perkara yang saya tidak tahu tentang multimedia, kini saya sudah tahu. Terima kasih Prof. di atas segala ilmu yang dicurahkan kepada saya dan kawan-kawan sepanjang kursus atau subjek ini.








Ilmu yang diperoleh ini, saya akan gunakan sebaik mungkin di masa hadapan. Terma kasih Prof. Normaliza.

Rabu, 5 Disember 2018


 BBM3410/18: Video tanpa Wajah

Video ini mengambil tanpa wajah
Tidak tertumpiu pada satu lokasi tetapi beberapa lokasi
Pemilihan lagu perlu bersesuai dengan tema
Memerlukan proses untuk mengedit video
Mempunyai jalan cerita dalam video
Mempunyai kameraman untuk merakam beberapa babak
Hanya fokus pada objek atau bahagian yang nak ditonjolkan

Contoh Video Tanpa Wajah Kumpulan Tadaa Production:




BBM3410: Video One Shot


BBM3410: Video One Shot
Video one shot ialah membuat rakaman atau pengambaran pada satu tempat dan merakam dalam masa itu juga. Video one shot ada beberapa jenis iaitu video one shot, video one shot two layer, video one shot three layer. Video one shot perlu mempunyai latar lagu yang dipilih dalam Bahasa Melayu dan di dalamnya ada beberapa orang melalukan mimik mulut dan eksprasi riak wajah mengikut alunan lagu tersebut.
Video one shot two layer pula ada beberapa orang menyanyi dalam masa yang sama mereka terlibat dalam lakonan sekali. Video one shot two layer mempunyai tema tertentu yang ingin di sampaikan dalam video tersebut.
Video one shot three layer mempunyai mimic mulut, reaksi muka, lakonan dan pergerakan tertentu yang dibuat dalam video ini. Setiap video one shot perlu mempunyai  logik, jalan cerita, yang sesuai dengan tema yang hendak disampaikan dalam video.
 Antara contoh video one shot, video one shot two layer, dan video one shot three layer 


BBM3410/18 : VIDEO ONE SHOT LAYER - TADAA PRODUCTION

BBM3410/18 : ONE SHOT TWO LAYER - TADAA PRODUCTION
BBM3410/18 : ONE SHOT THREE LAYER - TADAA PRODUCTION

BBM3410/18: Papan Cerita


BBM3410/18: Papan Cerita

Apa itu papan cerita?

Papan cerita ialah merupakan suatu siri lakaran yang dapat menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. Dapat juga dikatakan sebagai susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif. Papan cerita juga membantu tugas pengarangan dalam menjalankan pengaturcara perisian dalam satu susunan visual secara licin dan teratur. Papan cerita boleh jadi seperti majalah, komik
Setiap papan cerita perlulah mengandungi maklumat seperti berikut :
Suatu lakaran atau lukisan di atas skrin, halaman atau bingkai, warna, penempatan, dan saiz grafik.
Teks sebenar di atas skrin, halaman atau bingkai.
Narration
Animation (animasi)
Sekiranya membuat papan cerita TV (TV Storyboard), papan cerita Animatik (Animatic Storyboard) dan papan cerita Digital (Digital Storyboard) perlu mempunyai latar video dan sound (audio dan suara)

Ada pelbagai jenis papan cerita yang boleh digunakan iaitu :
Papan cerita Produksi (Production Storyboard).
Papan cerita Lembaran Konsep atau Lukisan (Conceptual Sheet Or Painting Storyboard).
Papan cerita TV (TV Storyboard).
Papan cerita Animatik (Animatic Storyboard).
Papan cerita Digital (Digital Storyboard).


BBM 3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum …berjumpa lagi kita

Asas grafik ialah bahan yang digunakan untuk menghubungkan fakta dan idea dan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, gambar, simbol atau perkataan. Untuk membuat asas grafik memerlukan ketelitian dan fokus supaya kita dapat mengesan asas grafik dengan betul apabila kita melihat sesuatu gambar, kita menggenalpasti dan mengesan mesej yang hendak disampaikan dalam gambar tersebut melalui keadaan struktur, tekstur, warna dan kecerahan gambar yang digunakan. Asas grafik mempunyai beberapa ciri iaitu mudah, warna, keseimbangan, dan teks dan kesesuaian.
1.       Asas grafik mudah
Sesebuah rekaan harus memberikan kefahaman yang cepat dan jelas kepada orang yang melihat grafik tersebut. Cara yang terbaik dengan mempersembahkan hanya satu perkara dalam satu masa. Idea yang terlalu padat dalam satu visual akan menyebabkan kekeliruan.

2.        Asas grafik warna
Asas grafik warna bermaksud rekaan dan visual yang dihasilkan mestilah bersesuai dengan warna yang hendak ditekankan dalam grafik tersebut. ini penting bagi menimbulkan emosi dan rasa tertentu kepada orang yang hendak ditujukan.

3.       Asas grafik keseimbangan
Keseimbangan ini perlu dalam menjadikan visual dan grafik kelihatan tersusun, cantik dan seimbang. Keseimbangan penting untuk mempengaruhi audiens yang melihat dan terpesona.

4.       Asas grafik teks
Dalam menghasilkan rekaan visual dan grafik tidak memerlukan teks yang banyak dan Panjang kerana akan menyebabkan keserabutan untuk melihat konten. Teks perlulah ringkas dan padat tetapi mempunyai makna yang sesuai dengan grafik yang nak ditonjolkan

5.       Asas grafik kesesuaian
Asas grafik kesesuaian bermakna grafik perlulah bersesuai dengan tema dan mesej yang hendak ditekankan. Misalnya jika hendak buat gambaran sedih visual perlu tonjolkan visual sedih.