Ahad, 4 November 2018

BBM3410/18: Cuti  Semester pertengahan (Mid-term) Balik Kampung La... Bahagian 1

Salam. Bertemu kembali ...semua...



Cuti pertengahan semesta dah tiba...apa tunggu lagi saya balik kampung la. Dah lama tak balik kampung, takkan tak nak balik...mesti balik jumpa nak jumpa mak ayah, mesti mereka rindu pada saya, selama ini, hanya doa dan keberkatan yang dipanjatkan kepada Ya..Rabb, Ya Rahman, Ya Aziz dan Yang Maha Penyayang tanpa putus-putus untuk melihat saya berilmu, berjaya di dunia dan di akhirat.

Cuti pertengahan semesta boleh tahanlah juga selama seminggu, Saya balik ke kampung pada hari Ahad, gerak pada pukul 7.00 petang dari UPM ke Tanjong Karang, Selangor. Biasanya Abang yang ambik saya, jika abang tak boleh nak ambil saya, ayah pula yang ganti, hahah...Nak buat macam mana mereka kena ambil saya, sebab saya tidak mampu balik sendiri, maklumlah saya OKU (Orang Kurang Upaya). Bukan tak boleh sebenarnya tapi bahaya pergi seorang-seorang, sekarang ini...macam-macam boleh berlaku seperti penculikan, kemalangan, manalah tahu saya terlupa jalan balik kampung..hahah.. maaf gurau sekarang ni teknologi dah canggih boleh google map atau guna aplikasi navigasi (Apps Ways). 

Maaf-maaf telajak cerita pulak..orang nak cerita balik kampung...hahah

Saya sampai kampung iaitu Tanjong Karang, Selangor pada pukul 8.34 minit malam selepas masuk Isyak, lebih kurang 3 jam jugak la, sebab jalan jem dan hujan lebat dalam perjalanan. Biasanya 2 jam dah sampai kampung da. tapi hari ti lambat sikit. Dah balik tu saya cuim tangan dan peluk mak saya gembira rasanya...lepas tu solat Isyak, makan malam dan kemudian tidur...Sambung lain kalilah..hahah

...................................................................................................................................................................


Sabtu, 3 November 2018

BBM3410/18: Makan Tengah Hari Bersama Encik Hasrul


Pada 10 Oktober yang lalu, saya pergi makan tengah hari bersama Encik Hasrul dan tiga orang rakan semasa praktikal latihan industri. Pada masa tu, saya dan rakan-rakan masing-masing sibuk dengan hal masing-masing dan tak tahu menahu yang En. Hasrul nak makan tengah hari bersama kami semua. Sebenarnya En Hasrul nak buat kejutan, sebab dah lama kami tidak berjumpa selepas tamat tempoh praktikal yang lalu.

Masa itu juga nak hujan, jadi masing-masing tak ada payung tepaksa pinjam pada kawan yang lain, ada yang baru naik bas dari kolej, ada juga yang terkejut beruk sebab baru lepas makan tengah hari ada juga yang baru nak bersiap, saya pula pada ketika itu, di latar siswa. FBMK UPM. sedang menelaah PITA. Kami makan tengah hari di Kafe Sanggar Bahasa FBMK UPM. 

En. Hasrul ketika itu sedang dalam perjalanan ke FBMK. Memang masing-masing mengelupuh bersiap dan gerak ke FBMK. Kami lewat berkumpul dalam masa 30 minit. En Hasrul memamg dah tunggu kami.
Ada rakan saya sorang tu mengomel dan merungut....En Hasrul tak bagitahu awal-awal nak belanja makan tengah hari, orang dah makan dah...tak tahu nak makan apa lagi.' kepada rakannya lagi sorang.. hahaha
Saya hanya tersenyum je..

Saya makan nasi kari Ayam dengan sayur kangkung dan teh ais satu cawan, rakan-rakan yang lain ambil makanan ikut apa-apa yang mereka suka.Makanan di situ tidaklah sedap sangat tapi sebab makan beramai-ramai tu yang jadi sedap...orang kata makan ramai-ramai bawa berkat.

Saya dan rakan berbual bual macam-macam, tanya mengenai En Fahmi, BHEP macam mana ada peerkembangan terbaharu ke tidak, En Fahmi menerangkan  proses kemasukan pelajar baharu dan mereka akan menggunaan sistem baharu iaitu kad matrik mereka akan digunakan sebagai ID untuk mengakses kemasukan kolej, meal plan, book plan, dan rekod aktiviti dan marit juga menggunakan akses ID kat matrik. En. Hasrul bercerita dan menerangkan lama jugak dalam 45 minit. Kemudian En Hasrul bertanya apa kami nak jadi nanti bila dah habis belajar, masing-masing pun jawab ikut kemampuan diri masing-masing. En Hasrul juga memberikan berapa tips dan nasihat sebelum kami beredar dan menagkap gambar bersam-sama seperti gambar di atas. Kami sangat gembira kerana dapat berkumpul semula walaupun sekejap.

Maju..maju bekas pasukan Praktikal....hahah

Sekian. Wasalam 

Jumaat, 2 November 2018

BBM3410/18: Seronoknya dapat 'Like' Instagram daripada Prof


Pada dua minggu lepas, semua rakan pengajian saya sibuk mengemaskini instagram mereka, kerana ingin mendapatkan like daripada Prof...hahah. macam- macam posting gambar dan gaya yang menarik mereka buat. Yang instagram mereka di like prof, bersenang hati, terpancar cahaya kegembiraan di wajah mereka...bercahayalah sangat...hahah. Ada yang melompat keriangan dan berbisik-bisik dengan rakan yang lain "aku dapat like daripada Prof, korang ada tak" hahah..Saya juga termasuk dalam golongan itu juga..memang sangat gembira sampai takterkata...dan tak dapat lupa like Prof selama seminggu...hahah

Ni hah bukti Instagram saya di like Prof tadaaaa... hahah 



Tapi yang tak dapat like tu macam mana ye...hmmm. Takpelah yang tak dapat like tu berusaha lagi pada masa akan datang. Walau apapun terima kasih prof. Prof memang baik hati kerana sudi like instagram saya walaupun memang tak menarik pun. Saya akan berusaha lebih keras lagi untuk menambat hati prof supaya menyukai apa-apa yang saya kemaskini di dalam Instagram saya. Saya juga akan mengingati ilmu tentang multimedia ini sebaiknya.
BBM3410/18 Cara Format Komputer atau Laptop menggunakan Windows 7 x86 bit/x64 bit

Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin menunjukkan cara format laptop atau komputer dengan cepat dan mudah.

Sebelun itu, anda perlu menyediakan
1. Aplikasi Sistem Pengendalian Window komputer/laptop (Operating System Window). Muat naik Sistem Pengendalian Window 7 daripada mana-mana laman sesawang yang boleh dipercayai sama ada x86 bit atau x64 bit mengikut jenis sistem operasi komputer anda. 
2. Transmisi Media USB\ (USB Pendrive)
3. Cakera DVD/CD (jika mahu format komputer menggunakan ini).
4. Windows USB/DVD Tool (Aplikasi Windows USB/DVD)
5. UltraISO/PowerISO


Langkahnya:


1. Pasangkan (Install) aplikasi Windows USB/DVD Tool (Aplikasi Windows USB/DVD) dan
    UltraISO/PowerISO terlebih dahulu.

2. Cucuk Transmisi Media USB (USB Pendrive) atau dan buka  aplikasi Windows USB/DVD Tool
    (Aplikasi Windows USB/DVD) untuk mengektrak fail
    Sistem Pengendalian Window 7

3. Mula semula (restart) Komputer atau laptop

4. Tekan butang (F2) untuk pergi ke Bios System (Sistem Input/Output Asas) Komputer/laptop dan pergi ke sistem boot. (Bahagian sistem perisian pengendali yang mengendali input dan output data yang dikenali juga  sebagai BIOS)

                     - Pergi boot menu  dan tukar kedudukan Transmisi Media USB (USB Pendrive) atau
                   Cakera DVD/CD dengan menekanbutang F5 atau F6

                      - Tekan F10 untuk simpan proses (save) dengan menekan butang Enter


Kemudian Tekan F12 untuk menjalankan proses format. Hal ini juga bergantung kepada jenis dan jenama laptop atau komputer, adakala perlu menekan F9, F10 atau F11, tapi kebanyakan laptop mengunakan butang F12.


5. Tekan Enter (Perintah Bintik)
6. Di sini akan keluar Notifikasi bahawa Sistem Pengendalian Window dalam proses sedang
   dijalankan.
- Tunggu Proses Windows is Loading..

           jika guna CD/DVD paparan akan kelihatan macam ini dan tekan Enter 

- Tekan Pasang sekarang (Install Now) 

Pilih dan tukar jika mahu...

Tik pada saya terima terma syarat...


  -  Pilih Windows 7 yang anda mahukan

Pilih custom advanced..

             Pilih lokasi disk Sistem Pengendalian Windows 7, jangan pilih system reserved (Sistem   Simpanan Data). Buat baharu Disk jika terpadam atau format disk...dan tekan seterusnya..

Tunggu Proses install selesai Komputer atau Laptop akan mula semula (restart) dengan  sendiri dalam proses ini. 

- Masa dalam mula semula (restart) tekan F2 untuk ke Sistem Input/Output Asas (Bios System) ubah kedudukan nama Transmisi Media USB (USB Pendrive) dan nama cakera keras (hard disk). Nama cakera keras hard disk mesti berada pada kedudukan atas sekali!!
 
9. Tunggu sehingga proses selesai

10. Sebelum masuk ke paparan skrin  windows 7 masukkan nama komputer atau laptop anda, pilih tempat dan masa, jika mahu update (kemaskini) pilih tanda atau tanda X jika tidak mahu.

11. Proses format laptop/komputer anda telah bejaya.



Kredit : WikiHow
             Google Imej

Khamis, 1 November 2018

BBM3410/18: Cara Mengatasi Popup Notifikasi Internet Download Manager (IDM)

Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin berkongsi bagaimana cara untuk menyelesaikan popup notifikasi IDM. Sebelum itu saya ingin menerang sedikit info apa itu Internet Download Manager (IDM). 


IDM ialah satu aplikasi (sofware) yang sering digunakan untuk mendetektifikasi dan mengesan link URL fail atau data tertentu yang memudahkan kita untuk memuat naik fail atau data tertentu daripada laman sesawang seperti Google, Youtube, Mozilla Firefox dan lain-lain lagi secara terus dan langsung tanpa memerlukan aplikasi ketiga untuk memuat naik fail atau data daripada jaringan internet.


IDM ini dapat memuat naik pelbagai jenis fail atau data seperti musik, movie, video, dokumen, fail dan sebagainya. Untuk versi penuh sementara IDM (Trails) ialah selama 30 hari, Selepas tamat tempoh tersebut pengguna perlu membayar atau membeli untuk mendapatkan versi penuh IDM mengikut masa tertentu.

Di sinilah timbul masalah kerana tidak semua orang mampu membayar harga versi penuh IDM, jadi ada sesetengah pengguna mengambil seri nombor sedia ada dalam mana-mana sesawang untuk mendapatkan akses versi penuh IDM. Oleh itu, keluar popup notifikasi IDM tertentu yang sangat mengganggu kita seperti gambar di bawah ini:     



Hal ini berlaku demikian kerana kita menggunakan nombor seri pengaktifan kod yang sudah tamat tempoh atau cetak rompak. Jangan risau...setiap masalah ada jalan penyelesaiaannya.

Cara mengatasinya ialah...

Muat turun aplikasi IDM dalam mana-mana laman sesawang dengan menaip 'IDM download free with crack dan  seri nombor' . 


Kemudian pasangkan (install) aplikasi tersebut sehingga selesai, seperti screenshot di bawah ini, apabila sudah selesai IDM akan secara automatik terbuka sendiri.  seperti screenshot di bawah ini.

Tekan terus 
Tik pada "saya setuju dengan terma..."


Pilih lokasi tempat program dijalankan

Pilih Seterusnya...

Selesai pasang aplikasi IDM

tunggu beberapa saat..natifikasi IDM keluar 

Matikan atau tutup aplikasi tersebut. 

Pergi semula ke folder muat turun IDM tadi...
Salin (copy) data crack...

dan hantar ke fail program IDM itu beroperasi iaitu ke
C:\Program Files (x86)\Internet Download Manager .
Pergi semula ke folder muat turun IDM...pilih key dan jalankan...



Pilih 'ya (yes
Program IDM sudah berjaya dijalankan...tahniah

.

Untuk menyemak status versi penuh IDM cari dan pilih  Bantuan (Help), di sini kita boleh lihat status versi penuh ataupun sebaliknya..


Sekian.

Ahad, 28 Oktober 2018

BBM3410/18: Minggu 7 One Shot Video

Assalamualikum...

Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang one shot video iaitu merakam sesuatu aktiviti pada satu tempat dalam masa tersebut tanpa mengubah kedudukan kamera.

Jadi, sebenarnya, kami telah diberikan tugasan kumpulan oleh Prof iaitu kami perlu membuat rakaman dengan melakukan apa-apa aktiviti atau gerakkan tertentu dalam one shot video tanpa mengalihkan kedudukan kamera. Lagu latar belakang adalah bertemakan Melayu.


Kami telah memilih tema Seminggu Berhari Raya sebagai latar suara musik one shot video dan setiap ahli ada bahagian tugas atau peranan tertentu sebelum membuat one shot video. 







Gambar di atas ini diambil sebelum one video shot yang sebenar dibuat. Hasil sebenar one shot video ada di bawah ini,

   One Shot Video Seminggu Berhari Raya



Semoga kalian terhibur😊😂. Lawak pun ada😂


BBM3410/18: Minggu 6 Coretan Simpulan Bahasa

Assalamualikum..

Pada Minggu lalu, Prof telah memberikan tugasan kumpulan, namun tugasan kali ini berbeza dengan tugasan sebelumnya, kerana kami perlu mengambil gambar tertentu yang dekat dengan maksud simpulan bahasa yang akan akan dipilih oleh setiap kumpulan.

Sepuluh Simpulan bahasa yang akan dipilih dan setiap ahli kumpulan tidak boleh sama dengan simpulan bahasa kumpulan yang lain. Jadi setiap ahli kumpulan perlu peka dan buka mata seluas pemandangan untuk memastikan tiada simpulan bahasa yang sama.

Apabila simpulan bahasa berjaya dipilih, kami (Taada Production) mengambil gambar sesuai dengan maksud dalam makna simpulan bahasa tersebut. Jadi hasilnya seperti berikut:

Simpulan bahasa yang telah dipilih
setiap kumpulan

Pilih Kasih

Ambil angin

Peras ugut

Kaki botol
Sebatang kera


Durian runtuh

Cakar ayam

Sekian. wassalam.