Sabtu, 3 November 2018

BBM3410/18: Makan Tengah Hari Bersama Encik Hasrul


Pada 10 Oktober yang lalu, saya pergi makan tengah hari bersama Encik Hasrul dan tiga orang rakan semasa praktikal latihan industri. Pada masa tu, saya dan rakan-rakan masing-masing sibuk dengan hal masing-masing dan tak tahu menahu yang En. Hasrul nak makan tengah hari bersama kami semua. Sebenarnya En Hasrul nak buat kejutan, sebab dah lama kami tidak berjumpa selepas tamat tempoh praktikal yang lalu.

Masa itu juga nak hujan, jadi masing-masing tak ada payung tepaksa pinjam pada kawan yang lain, ada yang baru naik bas dari kolej, ada juga yang terkejut beruk sebab baru lepas makan tengah hari ada juga yang baru nak bersiap, saya pula pada ketika itu, di latar siswa. FBMK UPM. sedang menelaah PITA. Kami makan tengah hari di Kafe Sanggar Bahasa FBMK UPM. 

En. Hasrul ketika itu sedang dalam perjalanan ke FBMK. Memang masing-masing mengelupuh bersiap dan gerak ke FBMK. Kami lewat berkumpul dalam masa 30 minit. En Hasrul memamg dah tunggu kami.
Ada rakan saya sorang tu mengomel dan merungut....En Hasrul tak bagitahu awal-awal nak belanja makan tengah hari, orang dah makan dah...tak tahu nak makan apa lagi.' kepada rakannya lagi sorang.. hahaha
Saya hanya tersenyum je..

Saya makan nasi kari Ayam dengan sayur kangkung dan teh ais satu cawan, rakan-rakan yang lain ambil makanan ikut apa-apa yang mereka suka.Makanan di situ tidaklah sedap sangat tapi sebab makan beramai-ramai tu yang jadi sedap...orang kata makan ramai-ramai bawa berkat.

Saya dan rakan berbual bual macam-macam, tanya mengenai En Fahmi, BHEP macam mana ada peerkembangan terbaharu ke tidak, En Fahmi menerangkan  proses kemasukan pelajar baharu dan mereka akan menggunaan sistem baharu iaitu kad matrik mereka akan digunakan sebagai ID untuk mengakses kemasukan kolej, meal plan, book plan, dan rekod aktiviti dan marit juga menggunakan akses ID kat matrik. En. Hasrul bercerita dan menerangkan lama jugak dalam 45 minit. Kemudian En Hasrul bertanya apa kami nak jadi nanti bila dah habis belajar, masing-masing pun jawab ikut kemampuan diri masing-masing. En Hasrul juga memberikan berapa tips dan nasihat sebelum kami beredar dan menagkap gambar bersam-sama seperti gambar di atas. Kami sangat gembira kerana dapat berkumpul semula walaupun sekejap.

Maju..maju bekas pasukan Praktikal....hahah

Sekian. Wasalam 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan