Isnin, 12 November 2018

BBM3410/18: Menara Berkembar Petronas Mercu Tanda Negara Malaysia 

Jangan kata Malaysia ini tiada apa-apa yang menarik untuk dikunjungi...sebanarnya memang banyak, jadi Saya hanya ingin berkongsi sahaja

                              Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar Petronas atau dipanggil KLCC memang sangat dikenali oleh masyarakat Malaysia dan juga masyarakat luar. Bangunan ini pernah memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004. Menara Petronas setinggi 88 tingkat ini dihasilkan daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif Kesenian Islam untuk mencerminkan agama Islam di Malaysia.


 Apa yang menariknya dengan KLCC

1.  Jejantas 
Jejantas ini berada di tingkat 41 dan 42, di sini juga di sebut podium kerana pelawat yang datang jika mahu ketingkat lebih tinggi perlu menukar lif melalui laluan jejantas ini. Di  jejantas ini pelawat boleh melihat pemandangan sekitar kota kota kuala Lumpur dengan lebih jauh.

2. Taman KLCC
Di bawah bangunan ini, terdapat sebuah Taman KLCC seluas 17 ekar yang terdapat kemudahan lorong berjoging dan bersiar-siar, kolam air pancut yang dihiasi pertunjukan cahaya, kolam randuk, dan taman permainan kanak-kanak. Suria KLCC ialah salah sebuah pusat beli-belah terbesar di Malaysia.

3 Keadaan dalam KLCC.
Di dalam Menara berkembar Petronas terdapat pejabat-pajabat, pusat beli belah, akuarium dan sebagainya, tetapi kebanyakan digunakan sebagai pejabat. Di dalam menara ini terdapat satu replika menara KLCC buatan dan di sekitarnya dikelilingi oleh bangunan yang sedang membangun .

                             Keadaan pemandangan KLCC di waktu malam

        Penulisan blog ini hanya untuk memenuhi tugasan BBM3410 Bahasa dalam Multimedia. apa-   apa kesilapan info atau maklumat dalam penulisan saya, memohon maaf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan