Sabtu, 10 November 2018

BBM3410/18: Cara mengatasi Windows 7 Tidak asli (Not Genuie)

Assalamualaikum, semua bertemu lagi kita..

Hari ini saya ingin berkongsi cara mengatasi Windows 7 tidak asli. Hal ini berlaku kerana kita memasukkan nombor seri yang salah, dan menyebabkan latar belakang windows menjadi gelap walaupun kita cuba menukar latar belakang windows yang lain. Selain itu, sebab kita baru sahaja memformat semula laptop atau komputer kepada sistem pengendalian windows 7 yang berbeza. Jika guna windows yang sama dan kita ingat nombor seri kita dapat mengaktifkan Windows 7.

Sebenarnya tidak menjadi masalah pun, jika kita tidak mengaktifkan windows 7, sebabnya kita masih boleh menggunakan dan menjalankan apa-apa program lain di dalam laptop (komputer riba), atau komputer, Cuma latar belakang windows anda akan jadi gelap je la dan kalau anda dapat menahan sabar dengan notifikasi yang sering keluar dalam 5- 10 minit iaitu windows tidak asli. Biasanya aktif percuma (active free-trial) windows 7 yang diberikan hanya 3 hari sahaja   Seperti skrin tangkap di bawah ini.

Latar belakang Windows 7 akan sentiasa gelap

Banyak kali keluar popup "Aktifkan Windows sekarang" 

Popup ini akan sentiasa keluar apabila mula masuk destop windows 7


Cara mengatasi masalah ini...
1. Anda perlu menggunakan satu aplikasi iaitu Windows Loader


2. Muat turun dari mana-mana laman sesawang di Google.

3. Cara menggunakannya hanya perlu pasangkan (install). secara automatik aplikasi ini dapat mengesan Sistem Pengendalian Windows 7 yang kita sedang gunakan. Aplikasi ini hanya dapat dijalankan untuk  Sistem Pengendalian Windows 7 sahaja

4. Kemudian mula semula (restart) laptop/ komputer

5. Selesai


Windows berjaya diaktifkan 

Jika mahu tahu status windows aktif atau pun tidak, pergi mula menu (start menu)/ komputer (computer) (klik kiri) ke properties akan keluar gambar seperti di atas tu

Sekarang anda boleh tukar gambar latar belakang windows apa-apa sahaja, dan gambar tu tak hilang seperti sebelumnya

Sekian. Wasalam


Kredit : Google imej
             Windows Loader oleh Daz




Tiada ulasan:

Catat Ulasan