Ahad, 28 Oktober 2018

BBM3410/18: Minggu 7 One Shot Video

Assalamualikum...

Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang one shot video iaitu merakam sesuatu aktiviti pada satu tempat dalam masa tersebut tanpa mengubah kedudukan kamera.

Jadi, sebenarnya, kami telah diberikan tugasan kumpulan oleh Prof iaitu kami perlu membuat rakaman dengan melakukan apa-apa aktiviti atau gerakkan tertentu dalam one shot video tanpa mengalihkan kedudukan kamera. Lagu latar belakang adalah bertemakan Melayu.


Kami telah memilih tema Seminggu Berhari Raya sebagai latar suara musik one shot video dan setiap ahli ada bahagian tugas atau peranan tertentu sebelum membuat one shot video. 







Gambar di atas ini diambil sebelum one video shot yang sebenar dibuat. Hasil sebenar one shot video ada di bawah ini,

   One Shot Video Seminggu Berhari Raya



Semoga kalian terhibur๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜‚. Lawak pun ada๐Ÿ˜‚


BBM3410/18: Minggu 6 Coretan Simpulan Bahasa

Assalamualikum..

Pada Minggu lalu, Prof telah memberikan tugasan kumpulan, namun tugasan kali ini berbeza dengan tugasan sebelumnya, kerana kami perlu mengambil gambar tertentu yang dekat dengan maksud simpulan bahasa yang akan akan dipilih oleh setiap kumpulan.

Sepuluh Simpulan bahasa yang akan dipilih dan setiap ahli kumpulan tidak boleh sama dengan simpulan bahasa kumpulan yang lain. Jadi setiap ahli kumpulan perlu peka dan buka mata seluas pemandangan untuk memastikan tiada simpulan bahasa yang sama.

Apabila simpulan bahasa berjaya dipilih, kami (Taada Production) mengambil gambar sesuai dengan maksud dalam makna simpulan bahasa tersebut. Jadi hasilnya seperti berikut:

Simpulan bahasa yang telah dipilih
setiap kumpulan

Pilih Kasih

Ambil angin

Peras ugut

Kaki botol
Sebatang kera


Durian runtuh

Cakar ayam

Sekian. wassalam.



Rabu, 24 Oktober 2018

BBM3410/18: Manfaat Bekerja Sambil Belajar kepada Pelajar

Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin berkongsi maklumat tentang manfaat kerja sambil belajar kepada individu atau pelajar terutamanya.


Belajar sangat penting kepada seseorang untuk dia mendapatkan ilmu pengetahuan, mengenal diri, mencari identiti diri dan mengeluarkan potensi diri yang terpendam berdasarkan bidang pengajian yang diambil untuk memudahkan dia mendapat sesuatu pekerjaan yang baik pada masa akan datang.

Bekerja sangat penting pada masa ini kerana kita amat memerlukan wang untuk membeli barang keperluan asas dan barang lain yang kita rasa ingin memilikinya walaupun mahal harganya. "Duit bukan segalanya tetapi semuanya memerlukan duit". Hal ini demikian kerana harga barang sentiasa meningkat mengikut masa tertentu, tambahan pula kita perlu membayar bil air dan elektrik, bayar sewa rumah, yuran pengajian, hutang PTPN dan sebaginya. Bagi sesetengah pelajar yang mempunyai keluarga yang berada mereka tidak begitu terasa dengan harga barang yang meningkat dan dapat menggunakan wang untuk keseronokan tertentu.

Namun begitu, bagi, sesetengah pelajar yang keluarganya hidup susah dan hidup sederhana akan terkesan dengan kenaikan harga barang. Jadi, mereka terpaksa mencari wang tambahan dengan bekerja sambilan dalam masa yang sama belajar. Ada sesetengah pelajar, bekerja sambil belajar kerana tidak mahu terlalu bergantung kepada keluarga untuk membayar yuran pengajian dan keperluan lain. Oleh itu, terdapat beberapa manfaat bekerja sambil belajar kepada pelajar.

1. Bekerja dapat menambahkan
    pengalaman baharu kepada pelajar.

Hal ini demikian kerana pelajar akan mendapatkan ilmu pengetahuan baharu dalam bidang kerja yang sedang dilakukannya, malah memberikan pengalaman yang baharu yang berbeza  berbanding ketika sedang belajar kerana kita dapat berkenalan dengan pelbagai ragam orang dan latar belakang mereka, selain dapat mengenali orang lebih berpengalaman di tempat kerja.  Kita juga dapat menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Hal ini menjadikan kita lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan.

2. Memberikan wang tambahan kepada
    pelajar.

Bekerja sambil belajar memberikan keuntungan kepada seorang pelajar kerana mereka mendapatkan wang hasil daripada titik peluh mereka sendiri. Mereka dapat menggunakan wang tersebut untuk kepentingan mereka membeli barang mengikut kehendak mereka tanpa membebankan keluarga, malah mereka mampu menanggung yuran pengajian dan membeli barang keperluan lain mereka sendiri dengan wang tersebut. 

3. Melatih dan memdidik pelajar untuk menguruskan masa dengan lebih baik.

Bekerja sambil belajar bukan suatu perkara yang mudah untuk dilakukan kerana seseorang itu perlu mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang kuat untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang. Pelajar juga perlu pandai dan mahir membahagikan masa dengan membuat jadual waktu supaya tersusun apa-apa perlu dibuat dahulu seperti  sangat penting, tidak penting, dan penting mengikut keutamaaan. Misalnya, menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah terlebih dahulu, kemudian baru melaksanakan kerja diberikan oleh majikan ditempat kerja dan gunakan masa lain untuk membuat kerja lain seperti membasuh pakaian, mengosok baju dan sebaginya.

4. Menjadikan pelajar lebih berdisiplin.

Bekerja sambil belajar adalah satu tugas yang besar kepada pelajar. Hal ini kerana pelajar perlu  melaksanakan sesuatu  tugas dengan penuh sabar dan dedikasi. Pelajar  juga mampu melaksanakan segala tugas mengikut masa yang ditetapkan oleh pensyarah dan majikan. Hal ini demikian kerana pelajar mampu menguruskan masa masa dengan baik mengikut jadual yang disediakan sendiri. Pelajar mampu melakukan dua kerja dalam satu-satu masa. Tambahan lagi, semua aktiviti harian pelajar, dia perlu melakukan sendiri kerana tiada orang dapat mengingatkannya atau memberikan pertolongan atau bantuan bila dia dalam keadaan susah. Hal ini membuatkan pelajar itu menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab terhadap dirinya dan juga kepada orang-orang di sekitarnya.


Ini sahaja yang dapat saya kongsikan kepada anda. Sekian. Terima kasih.๐Ÿ˜Š

Wasalam...

Rabu, 10 Oktober 2018

BBM3410/18: Kepentingan Menabung 


Menabung merupakan aktiviti menyimpan wang secara sedikit tetapi dilakukan secara berterusan. Begitu juga menyimpan wang di dalam bank untuk digunakan sebagai pelaburan saham, bon dan sebagainya. Menabung pula sebagai alat atau medium sementara untuk menyimpan duit untuk keperluan mendesak. Ada beberapa kepentingan yang dapat disenaraikan seperti memberikan keuntungan jangka panjang, mendidik kita lebih berjimat cermat, mengawal inflasi, dan untuk keadaan kecemasan.


Wang yang disimpan di bank akan dikenakan bayaran tertentu mengikut tempoh masa tertentu iaitu pihak bank akan membayar faedah atau dividen jika dalam bentuk saham. Sebagai contoh, jika kita menyimpan wang di dalam akaun simpanan tetap, kita akan dibayar faedah mengikut kadar dan tempoh simpanan. Oleh hal yang demikian, dapat kita lihat kebaikan menabung  iaitu memberikan keuntungan kepada kita kerana kita wang yang disimpan di bank. Oleh itu, lebih lama wang itu disimpan, lebih tinggi kadar faedah yang akan diperoleh. 


Amalan menabung akan mendidik kita supaya sentiasa berjimat cermat. Sikap berjimat cermat sebenarnya merupakan satu amalan yang baik kerana kita akan lebih berhati-hati dalam membuat perbelanjaan. Hal ini kerana kita akan membuat senarai barang yang perlu dibeli sahaja. Oleh itu,dapat mengelakkan pembaziran. Sebagai contoh, apabila mempunyai wang lebihan, seseorang akan berfikir dua tiga kali  untuk membelanjakan wang tersebut untuk membeli barang yang dikehendakinya. Tegasnya, sikap suka menabung akan menjadikan seseorang itu tidak membazir.


Menabung juga sebenarnya dapat mengawal inflasi. Hal ini demikian kerana apabila kita menabung, wang dapat dikawal dan tidak mengalir dalam semasa aktiviti belian, jadi permintaan terhadap barangan tertentu mencukupi. Keadaan ini telah mengelakkan kenaikan harga barang dalam pasaran. Apabila harga barang tidak naik, inflasi tidak akan berlaku. Oleh itu, jelaslah bahawa menabung dapat mengawal inflasi.


Kita sebenarnya tidak dapat menjangka hal yang tidak diingini akan berlaku kepada diri kita atau keluarga kita. Sebagai contohnya, jika kita ditimpa kemalangan atau dijangkiti penyakit,kita boleh menggunakan wang simpanan untuk mendapatkan rawatan yang baik di hospital. Hal ini bermakana, wang simpanan mengurangkan kos perubatan dalam masa yang sama dapat menyelamatkan nyawa kita dalam keadaan yang darurat. Jelaslah bahawa, amalan menabung juga dapat membantu kita dalam keadaan kecemasan apabila kita memerlukan wang.


Kesimpulannya, kita perlulah mengamalkan aktiviti menabung ini bermula dengan diri kita sendiri, sebelum mengajak orang lain menabung. Jadi, marilah kita mulakan amalan sekarang.
BBM3410/18: Langkah-langkah Menjaga Kesihatan diri 

Masyarakat hari ini, sudah mempunyai kesedaran dalam menjaga kesihatan mereka. Namun begitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang sihat perlu diterapkan dan dilakukan oleh setiap individu dalam masyarakat. Kesihatan diri termasuk dari segi kesihatan rohani dan jasmani. Setiap individu bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan diri supaya dapat hidup dengan selesa dan bahagia. Oleh itu, ada beberapa amalan yang perlu dipraktikkan untuk menjaga kesihatan diri.





 Aktiviti senaman satu cara untuk mengekalkan kesihatan diri, iaitu kita perlu melakukan aktiviti seperti berjoging, berbasikal, berjalan dan sebaginya. lakukan aktiviti senaman ini tiga kali seminggu dalam masa 20 minit hingga 30 minit. Dengan cara ini dapat menyehatkan tubuh badan kita kerana berlaku pergerakan anggota-anggota tubuh yang bertindak balas mengeluarkan peluh dan toksik melalui liang-liang peluh dan sistem perkumuhan.



Selain itu, pengambilan makanan yang baik dan seimbang juga merupakan cara untuk menjaga kesihatan diri iaitu memilih makanan yang mengandungi zat protein, karbohidrat, vitamin. Anatara makanan yang menangandungi vitamin dan zat yang baik seperti sayuran dan buah-buahan. Namun begitu, perlu mengelakkan mengambil makanan yang berlemak, bergula dan bergaram secara berlebihan.



Untuk sentiasa nampak cergas dan sihat, seseorang itu, perlulah menjauhkan amalan-amalan negatif seperti merokok, mengambil minuman keras, dan menghisap dadah. Hal ini demikian kerana gejala atau aktiviti sedemikian akan memberikan keburukan merosakkan diri, masa depan dan membazir wang ringgit.

Akhirnya, penjagaan kebersihan diri dan tempat tinggal juga perlu dijaga dan ditekankan kerana dengan persekitaran diri dan tempat yang bersih akan dapat menjamin kesihatan diri. Misalnya, mandi ikut masa yang sesuai dan basuh pakaian apabila bakul penuh.

Oleh hal yang demikian, setiap individu memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan diri mereka masing-masing, bagi melahirkan masyarakat yang mengambil berat tentang kesihatan dalam masa yang sama dapat mengelakkan penyakit berjangkit.






BBM3410/18: Fotografi FlatLay

Sedutan coretan lepas, saya telah berkongsi tentang asas grafik. Kali ini saya nak berkongsi tentang fotografi FlatLay.

Kami dikehendaki Prof. untuk membuat dan menangkap gambar 4 jenis Flatlay iaitu 
1..  Flatlay
2.. Half-Flatlay
3.. Quarter Flatlay
4.. Zero Flatlay

Oleh itu, kami diarahkan untuk membentuk kumpulan yang terdiri 10 orang ahli untuk membuat 4 jenis Flatlay ini.


Dalam proses menangkap gambar flatlay, kami telah berbincang dan membahagikan tugas iaitu beberapa orang mengumpulkan barang-barang untuk dijadikan gambar flatlay. 3 orang cari barang berbeza. 2 orang susun barang sebelum menangkapnya gambar 2 orang menangkap gambar proses flatlay. Misalnya, beberapa ahli kumpulan mencari warna barang yang sama, jenama barang yang sama dan sebagainya. Antara contoh barang tersebut kosmetik, buku, wang dan sebagainya. 





Ini gambar proses flatlay ahli kumpulan yang di ambil dalam proses membuat flatlay.






Setiap jenis FlatLay mempunyai kedudukan dan jarak yang berbeza dan juga pencahayaan yang jelas dan terang. Berdasarkan  pemilihan produk tertentu, proses pengambilan gambar perlu berada pada kedudukan betul dan pencahayaan yang tepat, supaya gambar kelihatan cantik. Jika tidak flatlay tidak menjadi flatlay. Antara hasil flatlay yang berjaya kumpulan kami buat seperti 

Flatlay Alatan Pelajar

Quarter Flatlay Mary Kay

Half-Flatlay

Zero-Flatlay













Selasa, 2 Oktober 2018

BBM3410/18 : Matlamat Hidup Saya

Setiap individu mempunyai matlamat hidup yang hendak dicapai dalam hidup ini. Matlamat hidup setiap individu berbeza mengikut budaya dan kepercayaan mereka. Matlamat hidup ini suatu laluan yang sukar dicapai kerana perlu dilakukan dengan usaha kerja keras dan usaha yang berterusan. 

Saya mempunyai beberapa matlamat hidup iaitu:
1. Berbakti kepada kedua-dua ibu
2. Bercita-cita nak menjadi pendidik
3. Membantu kebajikan masyarakat

Matlamat saya mungkin terlalu besar untuk dicapai pada masa akan datang, jadi saya akan belajar bersungguh-sungguh dan mengumpulkan sebanyak ilmu dalam diri untuk mencapai cabaran ini. 
BBM3410/18 : Latihan Kebakaran (Firedrill

2 October - Kolej Sepuluh telah mengadakan latihan kebakaran secara mengejut yang diadakan pada pukul 9:00 malam.  Semua pelajar yang melakukan apa-apa aktiviti ketika itu perlu menghentikan aktiviti mereka. Apabila aktiviti latihan kebakaran ini dijalankan semua bekalan elektrik akan dipadam atau dimatikan. Semua pelajar yang perlu bertindak pantas dalam situasi ini. Hal ini kerana Kolej berada dalam keadaan gelap gelita.  

Para pelajar perlu bergerak dalam keadaan tenang dan berhati-hati ketika menuruni tangga. Dalam keadaan ini, ada beberapa orang pelajar tercedera dan mengalami pagan kaki kerana ada rempuhan atau langgar-melanggar antara mereka. Oleh itu, ada keterlibatan agensi tertentu seperti bomba dan ambulan untuk mmembantu pelajar yang cedera dan memberikan rawatan kepada mereka dalam latihan kebakaran ini. Latihan kebakaran ini sangat penting untuk melihat tindakan pantas, kecekapan dan respon para pelajar dalam situasi ini. 

Sekian terima kasih. 


BBM3410/18 : Mengenal Media Sosial dan Media teknologi

Pada 1 October 2018 dalam minggu keempat, para pelajar dikehendaki untuk mengenal pasti jenis-jenis media sosial dan menghuraikan jenis-jenis media sosial. 

Apa yang saya faham ada dua bentuk media sosial iaitu media sosial dan rangkaian media sosial. Media sosial ialah aplikasi komunikasi interaktif yang dikenali sebagai satu kumpulan Internet berpusat yang dibangunkan berasaskan ideologi dan teknologi 2.0, manakala rangkaian sosial pula merupakan subkategori dalam media sosial yang distrukturkan dengan masyarakat yang mahu terlibat kerana kepentingan bersama. 

Media sosial berfungsi untuk berhubung dangan orang jauh menyebarkan dan berkongsi maklumat dan informasi secara atas talian. 

Antara contoh media sosial yang lazim digunakan oleh pengguna maya seperti Facebook, Instagram, YouTube, Linkedln, Twitter dan sebagainya. Media sosial pada masa ini sangat penting kerana kita dapat mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di luar capaian kita. 
Ini sahaja yang dapat saya sampaikan. 
Sekian. Terima kasih.