Masyarakat hari ini, sudah mempunyai kesedaran dalam menjaga kesihatan mereka. Namun begitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang sihat perlu diterapkan dan dilakukan oleh setiap individu dalam masyarakat. Kesihatan diri termasuk dari segi kesihatan rohani dan jasmani. Setiap individu bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan diri supaya dapat hidup dengan selesa dan bahagia. Oleh itu, ada beberapa amalan yang perlu dipraktikkan untuk menjaga kesihatan diri.
Aktiviti senaman satu cara untuk mengekalkan kesihatan diri, iaitu kita perlu melakukan aktiviti seperti berjoging, berbasikal, berjalan dan sebaginya. lakukan aktiviti senaman ini tiga kali seminggu dalam masa 20 minit hingga 30 minit. Dengan cara ini dapat menyehatkan tubuh badan kita kerana berlaku pergerakan anggota-anggota tubuh yang bertindak balas mengeluarkan peluh dan toksik melalui liang-liang peluh dan sistem perkumuhan.
Selain itu, pengambilan makanan yang baik dan seimbang juga merupakan cara untuk menjaga kesihatan diri iaitu memilih makanan yang mengandungi zat protein, karbohidrat, vitamin. Anatara makanan yang menangandungi vitamin dan zat yang baik seperti sayuran dan buah-buahan. Namun begitu, perlu mengelakkan mengambil makanan yang berlemak, bergula dan bergaram secara berlebihan.
Untuk sentiasa nampak cergas dan sihat, seseorang itu, perlulah menjauhkan amalan-amalan negatif seperti merokok, mengambil minuman keras, dan menghisap dadah. Hal ini demikian kerana gejala atau aktiviti sedemikian akan memberikan keburukan merosakkan diri, masa depan dan membazir wang ringgit.
Akhirnya, penjagaan kebersihan diri dan tempat tinggal juga perlu dijaga dan ditekankan kerana dengan persekitaran diri dan tempat yang bersih akan dapat menjamin kesihatan diri. Misalnya, mandi ikut masa yang sesuai dan basuh pakaian apabila bakul penuh.
Oleh hal yang demikian, setiap individu memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan diri mereka masing-masing, bagi melahirkan masyarakat yang mengambil berat tentang kesihatan dalam masa yang sama dapat mengelakkan penyakit berjangkit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan