Menabung merupakan aktiviti menyimpan wang secara sedikit tetapi dilakukan secara berterusan. Begitu juga menyimpan wang di dalam bank untuk digunakan sebagai pelaburan saham, bon dan sebagainya. Menabung pula sebagai alat atau medium sementara untuk menyimpan duit untuk keperluan mendesak. Ada beberapa kepentingan yang dapat disenaraikan seperti memberikan keuntungan jangka panjang, mendidik kita lebih berjimat cermat, mengawal inflasi, dan untuk keadaan kecemasan.
Wang yang disimpan di bank akan dikenakan bayaran tertentu mengikut tempoh masa tertentu iaitu pihak bank akan membayar faedah atau dividen jika dalam bentuk saham. Sebagai contoh, jika kita menyimpan wang di dalam akaun simpanan tetap, kita akan dibayar faedah mengikut kadar dan tempoh simpanan. Oleh hal yang demikian, dapat kita lihat kebaikan menabung iaitu memberikan keuntungan kepada kita kerana kita wang yang disimpan di bank. Oleh itu, lebih lama wang itu disimpan, lebih tinggi kadar
faedah yang akan diperoleh.
Amalan menabung akan mendidik kita supaya sentiasa berjimat
cermat. Sikap berjimat cermat sebenarnya merupakan satu amalan yang baik kerana
kita akan lebih berhati-hati dalam membuat perbelanjaan. Hal ini kerana kita akan membuat senarai barang yang perlu dibeli sahaja. Oleh itu,dapat
mengelakkan pembaziran. Sebagai contoh, apabila mempunyai wang lebihan, seseorang akan berfikir dua tiga kali untuk membelanjakan wang tersebut untuk membeli
barang yang dikehendakinya. Tegasnya, sikap suka menabung akan menjadikan
seseorang itu tidak membazir.
Menabung juga sebenarnya dapat mengawal inflasi. Hal ini demikian
kerana apabila kita menabung, wang dapat dikawal dan tidak mengalir dalam semasa aktiviti belian, jadi permintaan terhadap barangan tertentu mencukupi. Keadaan ini telah mengelakkan kenaikan harga barang dalam pasaran.
Apabila harga barang tidak naik, inflasi tidak akan berlaku. Oleh itu, jelaslah bahawa menabung
dapat mengawal inflasi.
Kita sebenarnya tidak dapat menjangka hal yang tidak diingini akan berlaku kepada diri kita atau keluarga kita. Sebagai contohnya, jika kita ditimpa kemalangan atau dijangkiti penyakit,kita boleh
menggunakan wang simpanan untuk mendapatkan rawatan yang baik di hospital. Hal ini bermakana, wang
simpanan mengurangkan kos perubatan dalam masa yang sama dapat menyelamatkan nyawa kita dalam keadaan yang darurat. Jelaslah bahawa, amalan menabung juga dapat membantu kita dalam keadaan kecemasan apabila kita memerlukan wang.
Kesimpulannya, kita perlulah mengamalkan aktiviti menabung ini bermula dengan diri kita sendiri, sebelum mengajak orang lain menabung. Jadi, marilah kita mulakan amalan sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan