Rabu, 24 Oktober 2018

BBM3410/18: Manfaat Bekerja Sambil Belajar kepada Pelajar

Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin berkongsi maklumat tentang manfaat kerja sambil belajar kepada individu atau pelajar terutamanya.


Belajar sangat penting kepada seseorang untuk dia mendapatkan ilmu pengetahuan, mengenal diri, mencari identiti diri dan mengeluarkan potensi diri yang terpendam berdasarkan bidang pengajian yang diambil untuk memudahkan dia mendapat sesuatu pekerjaan yang baik pada masa akan datang.

Bekerja sangat penting pada masa ini kerana kita amat memerlukan wang untuk membeli barang keperluan asas dan barang lain yang kita rasa ingin memilikinya walaupun mahal harganya. "Duit bukan segalanya tetapi semuanya memerlukan duit". Hal ini demikian kerana harga barang sentiasa meningkat mengikut masa tertentu, tambahan pula kita perlu membayar bil air dan elektrik, bayar sewa rumah, yuran pengajian, hutang PTPN dan sebaginya. Bagi sesetengah pelajar yang mempunyai keluarga yang berada mereka tidak begitu terasa dengan harga barang yang meningkat dan dapat menggunakan wang untuk keseronokan tertentu.

Namun begitu, bagi, sesetengah pelajar yang keluarganya hidup susah dan hidup sederhana akan terkesan dengan kenaikan harga barang. Jadi, mereka terpaksa mencari wang tambahan dengan bekerja sambilan dalam masa yang sama belajar. Ada sesetengah pelajar, bekerja sambil belajar kerana tidak mahu terlalu bergantung kepada keluarga untuk membayar yuran pengajian dan keperluan lain. Oleh itu, terdapat beberapa manfaat bekerja sambil belajar kepada pelajar.

1. Bekerja dapat menambahkan
    pengalaman baharu kepada pelajar.

Hal ini demikian kerana pelajar akan mendapatkan ilmu pengetahuan baharu dalam bidang kerja yang sedang dilakukannya, malah memberikan pengalaman yang baharu yang berbeza  berbanding ketika sedang belajar kerana kita dapat berkenalan dengan pelbagai ragam orang dan latar belakang mereka, selain dapat mengenali orang lebih berpengalaman di tempat kerja.  Kita juga dapat menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Hal ini menjadikan kita lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan.

2. Memberikan wang tambahan kepada
    pelajar.

Bekerja sambil belajar memberikan keuntungan kepada seorang pelajar kerana mereka mendapatkan wang hasil daripada titik peluh mereka sendiri. Mereka dapat menggunakan wang tersebut untuk kepentingan mereka membeli barang mengikut kehendak mereka tanpa membebankan keluarga, malah mereka mampu menanggung yuran pengajian dan membeli barang keperluan lain mereka sendiri dengan wang tersebut. 

3. Melatih dan memdidik pelajar untuk menguruskan masa dengan lebih baik.

Bekerja sambil belajar bukan suatu perkara yang mudah untuk dilakukan kerana seseorang itu perlu mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang kuat untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang. Pelajar juga perlu pandai dan mahir membahagikan masa dengan membuat jadual waktu supaya tersusun apa-apa perlu dibuat dahulu seperti  sangat penting, tidak penting, dan penting mengikut keutamaaan. Misalnya, menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah terlebih dahulu, kemudian baru melaksanakan kerja diberikan oleh majikan ditempat kerja dan gunakan masa lain untuk membuat kerja lain seperti membasuh pakaian, mengosok baju dan sebaginya.

4. Menjadikan pelajar lebih berdisiplin.

Bekerja sambil belajar adalah satu tugas yang besar kepada pelajar. Hal ini kerana pelajar perlu  melaksanakan sesuatu  tugas dengan penuh sabar dan dedikasi. Pelajar  juga mampu melaksanakan segala tugas mengikut masa yang ditetapkan oleh pensyarah dan majikan. Hal ini demikian kerana pelajar mampu menguruskan masa masa dengan baik mengikut jadual yang disediakan sendiri. Pelajar mampu melakukan dua kerja dalam satu-satu masa. Tambahan lagi, semua aktiviti harian pelajar, dia perlu melakukan sendiri kerana tiada orang dapat mengingatkannya atau memberikan pertolongan atau bantuan bila dia dalam keadaan susah. Hal ini membuatkan pelajar itu menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab terhadap dirinya dan juga kepada orang-orang di sekitarnya.


Ini sahaja yang dapat saya kongsikan kepada anda. Sekian. Terima kasih.😊

Wasalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan