BBM3410/18: Fotografi FlatLay
Sedutan coretan lepas, saya telah berkongsi tentang asas grafik. Kali ini saya nak berkongsi tentang fotografi FlatLay.
Kami dikehendaki Prof. untuk membuat dan menangkap gambar 4 jenis Flatlay iaitu
1.. Flatlay
2.. Half-Flatlay
3.. Quarter Flatlay
4.. Zero Flatlay
Oleh itu, kami diarahkan untuk membentuk kumpulan yang terdiri 10 orang ahli untuk membuat 4 jenis Flatlay ini.
Dalam proses menangkap gambar flatlay, kami telah berbincang dan membahagikan tugas iaitu beberapa orang mengumpulkan barang-barang untuk dijadikan gambar flatlay. 3 orang cari barang berbeza. 2 orang susun barang sebelum menangkapnya gambar 2 orang menangkap gambar proses flatlay. Misalnya, beberapa ahli kumpulan mencari warna barang yang sama, jenama barang yang sama dan sebagainya. Antara contoh barang tersebut kosmetik, buku, wang dan sebagainya.
Setiap jenis FlatLay mempunyai kedudukan dan jarak yang berbeza dan juga pencahayaan yang jelas dan terang. Berdasarkan pemilihan produk tertentu, proses pengambilan gambar perlu berada pada kedudukan betul dan pencahayaan yang tepat, supaya gambar kelihatan cantik. Jika tidak flatlay tidak menjadi flatlay. Antara hasil flatlay yang berjaya kumpulan kami buat seperti
Flatlay Alatan Pelajar |
Quarter Flatlay Mary Kay |
Half-Flatlay |
Zero-Flatlay |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan