Isnin, 12 November 2018

BBM 3410/18: Meriahnya kelas Multimedia hari ini

Assalamualaikum...

Anda ingat tak lagi  yang sebelum ni saya ada kongsi cerita tentang Video One Shot...ingat tak..ingat tak...lupa la...banyak makan sambal belajan ni...hahah tu yang lupa

Hari ini saya mendapat pengalaman yang mengasikkan, kerana setiap kumpulan perlu membentangkan hasil kerja video one shot mereka. memang seronok jugak la dan dapat menghayati dan menjiwa sama-sama lakonan mereka dalam video one shot. Semua kumpulan menunjukkan kesungguhan dalan penghasilan video one shot. Prof juga berasa takjub melihat hasil video one shot setiap ahli kumpula yang membentang. Yang seronoknya apabila setiap kumpulan membentangkan dan menyiarkan hasil video one shot mereka, kumpulan lain yang menonton akan menunjukkan ekspresi ketawa, senyum, tersengih dan ada yang tergelak-gelak melihat gelagat aksi kawan-kawan mereka masing-masing...yang ahli kumpulan yang membentang berasa tersipu-sipu malu tengok gelagat aksi sendiri.hahahha 

Tapi memang semuanya dah buat video one shot yang terbaik dan bagus dan prof memang puji setiap dan kumpulan.  video one shot yang mendapat pujian yang terbaik daripada prof ialah kumpulan Mawar, dan Kumpulan  Panglima Awang kerana mereka membuat video one shot kelainan yang berbeza daripada kumplan yang lain yang membentang hasil video one shot mereka. walaupun ada dua kumpulan tersilap buat tapi video one shot mereka juga menarik dan boleh tahan.
Ini merupakan contoh  video one shot  setengah kumpulan :




Tiada ulasan:

Catat Ulasan