Isnin, 5 November 2018

BBM3410/18: Cuti  Pertengahan Semesta  (Mid-term) Balik Kampung La... Bahagian 2 

Assalamulaikum...

Dalam cuti pertengahan semesta ini,  saya habiskan dan guna masa sebaiknya bersama keluarga seperti makan bersama-sama keluarga, tengok teleisyen pun bersama-sama, ada jugak keluar jalan-jalan makan angin tapi tak banyak la..walaupun cuti pertengahan semester tak boleh seronok sangat...hahah sebab ada beberapa tugasan yang diberikan pensyarah memang kena buat...jangan dilupakan nanti susah..

Sebenarnya tugasan itu, seperti PITA (FYP), menyiapkan tugasan subjek lain, memuat naik 10 gambar apa-apa pemandangan kampung dalam instagram  dan  mengemaskini blog ini untuk subjek BBM3410 Bahasa dalam Multimedia kenalah bertabah hati ni alahai.. Bila dah bosan buat tugasan tengok televisyen, bila  stress makan...hahah, bila bosan lagi saya baca buku komik je. Saya banyak duduk rumah je. Semuanya bosan dan muak, saya tido pulak memanjang...hahah. Bosannya jadi orang macam saya ni la dah susah nak keluar ke mana-mana, memang tak dapat keluar pun...kalau nak keluar kena bertemankan orang jugak..

Seronok betul kawan-kawan pengajian saya cuti pertengahan semester ini mesti seronok dapat jalan-jalan keluar mana-mana dapat cari pemandangan yang cantik-cantik hmmm...takpelah takde peluang dapat macam mereka...baiklah sampai di sini sahaja.

Sekian . Wasalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan