Ahad, 4 November 2018

BBM3410/18: Cuti  Semester pertengahan (Mid-term) Balik Kampung La... Bahagian 1

Salam. Bertemu kembali ...semua...



Cuti pertengahan semesta dah tiba...apa tunggu lagi saya balik kampung la. Dah lama tak balik kampung, takkan tak nak balik...mesti balik jumpa nak jumpa mak ayah, mesti mereka rindu pada saya, selama ini, hanya doa dan keberkatan yang dipanjatkan kepada Ya..Rabb, Ya Rahman, Ya Aziz dan Yang Maha Penyayang tanpa putus-putus untuk melihat saya berilmu, berjaya di dunia dan di akhirat.

Cuti pertengahan semesta boleh tahanlah juga selama seminggu, Saya balik ke kampung pada hari Ahad, gerak pada pukul 7.00 petang dari UPM ke Tanjong Karang, Selangor. Biasanya Abang yang ambik saya, jika abang tak boleh nak ambil saya, ayah pula yang ganti, hahah...Nak buat macam mana mereka kena ambil saya, sebab saya tidak mampu balik sendiri, maklumlah saya OKU (Orang Kurang Upaya). Bukan tak boleh sebenarnya tapi bahaya pergi seorang-seorang, sekarang ini...macam-macam boleh berlaku seperti penculikan, kemalangan, manalah tahu saya terlupa jalan balik kampung..hahah.. maaf gurau sekarang ni teknologi dah canggih boleh google map atau guna aplikasi navigasi (Apps Ways). 

Maaf-maaf telajak cerita pulak..orang nak cerita balik kampung...hahah

Saya sampai kampung iaitu Tanjong Karang, Selangor pada pukul 8.34 minit malam selepas masuk Isyak, lebih kurang 3 jam jugak la, sebab jalan jem dan hujan lebat dalam perjalanan. Biasanya 2 jam dah sampai kampung da. tapi hari ti lambat sikit. Dah balik tu saya cuim tangan dan peluk mak saya gembira rasanya...lepas tu solat Isyak, makan malam dan kemudian tidur...Sambung lain kalilah..hahah

...................................................................................................................................................................


Tiada ulasan:

Catat Ulasan