Sabtu, 10 November 2018

BBM3410/18: Syoknya Kuliah Online

Assamulaikum...


Kenapa saya kata tajuk syok Kuliah Online...ada siapa-siapa boleh teka tak...hahah

Ni la aku nak cerita...
Saya masih dalam mod cuti pertengahan semesta ketika itu, Sebenarnya Pada hari Isnin 5 November 2018  aku dan rakan-rakan pengajian ditugaskan untuk mengambil gambar prof di Tv Al Hijrah. Kami telah mendapat keizinan daripada prof untuk cuti pada hari itu. Pada jam 8:30 minit pagi lagi aku sudah menghadap tv dengan menonton siaran Tv Al hijrah secara langsung (live) untuk mengambil gambar prof yang dalam siaran lansung yang sedang berbicarakan berkaitan "Pemartabatan Bahasa Melayu dan Pengharmonian Antara Kaum dalam Alam Siber". Inilah yang aku kata syok tu...sebab apa, mana tak gembira dapat melihat prof aku masuk tv...terus terkenal prof aku ni!

Banyak juga perkongsian ilmu dan input maklumat yang diperolehi daripada wawancara sembang santai antara prof dengan pengacara mengenai penggunaan Bahasa melayu dalam media pada masa kini. Yang saya faham dan dengar, jika kita mahu bahasa Melayu dapat dimartabatkan adalah dengan kita sendiri yang menggunakan bahasa Melayu itu dengan betul dalam media sosial terutamanya,kerana itu menjadi tanggungjawab kita sendiri terhadap Bahasa Melayu, jika kita juga hanyut ikut orang lain memang selama-lama akan menjadi sukar. Memang tidak dapat dinafikan pengaruh bahasa  rojak dan bahasa Ingeris kuat mempengaruhi penggunaan bahasa seharian kita. Oleh itu, jika ada peluang belajar bahasa Melayu di sekolah atau di mana-mana institusi  pengajian perlu digunakan dengan sebaik mungkin bermula dari tatabahasa dan juga aspek penulisan iaitu dengan menghindarkan penggunaan bahasa rojak dan slanga. Sebaliknya ketika dalam percakapan dan pertuturan kita perlu menuturkan bahasa baku  secara sedikit-sedikit namun berterusan dilakukan setiap hari untuk melatih diri memperbaiki bahasa kita dan seterusnya mencintai bahasa Melayu ini. 

Baiklah sampai sini sahaja, takut jadi merapu pula. Ini bukti gambarnya: 









Semoga Prof dapat masuk tv lagi pada masa akan datang. Sekian Wasalam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan