Isnin, 12 November 2018

BBM3410/18: Tugasan Ringan, Ringkas dan Padat...tapi Santai

Selepas pembentangan tayangan video one shot setiap kumpulan selesai, kami diberikan tugasan ringan oleh prof untuk menguji kefahaman kami apa-apa yang telah kami pelajari dalam mutimedia ini  semua soalan berbentuk subjektif ada 3, dan perlu memberikan 5 jawapan ringkas bagi setiap soalan. Tugasan perlu disiapkan di dalam kelas juga dan dibuat bersama-sama dengan ahli kumpulan masing-masing. Setiap ahli perlu saling membantu memeberikan idea dan mencari jawapan yang sudah tersedia dalam buku dan pendapat ahli.
Apa yang saya dan ahli kumpulan faham multimedia mempunyai banyak kebaikan apabila di gunakan dengan cara yang betul begitu juga sebaliknya.

Daripada soalan pendapat pula kebaikan twitter, instagram, facebook dan blog kepada pembaca iatu pembaca  mendapat informasi yang pelbagai daripada  perkongsi maklumat dengan rakan-rakan, orang terdekat, jauh dan orang lain,  twitter digunakan untuk  membantu pembaca media mengenali emosi seseorang, instagram pula dapat membantu pembaca mendapatkan idea daripada  kiriman gambar orang lain dan membuat perniagaan online, Facebook membantu pembaca mendapatkan maklumat berkaitan persatuan, kelab, perkongsian video dan sebagainya. blog dapat memberikan pelbagi informasi kepada pembaca melalui pelbagai info dan maklumat baharu yang disajikan oleh pemilik blog sekiranya blog tersebut sentiasa dikemaskini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan